Isnin, 23 Ogos 2010

BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG


KAEDAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan kaedah bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Marilah kita berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai cita-cita. Antara kaedah-kaedahnya ialah:




 BELAJAR DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa ialah:

1.Tenang / damai

2.Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi

3.Elakkan daripada gangguan bunyi bising

Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang, dapat membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran seperti radio, television dan sebagainya. Para pelajar juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana menyebabkan pelajar tersebut cepat mengantuk.



 SENTIASA BERSEDIA

Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat memahami pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka mengamalkan teknik belajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan.



  • MENETUKAN MATLAMAT
Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kea rah mencapai kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin di kecapi oleh pelajar. Misalnya kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan.


  • SENTIASA MELAKUKAN AMALAN KEROHANIAN
Amalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi. Amalan ini juga merupakan amalan yang paling berkesan dalam menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam proses menjernihkan jiwa iaitu dengan melakukan amalan-amalan kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu para pelajar menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan berzikir. Begitu juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri.

  • MEMBUAT NOTA RINGKAS
Untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat.
Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-warna.

  • MENGULANGKAJI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH OUTPUT LEARNING
Kaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan melalui pembacaan buku nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab soalan. Kaedah ini sering digunakan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata kunci yang mudah diingati oleh pelajar sendiri.

Diatas merupakan kaedah untuk membantu kita dalam mengulangkaji dengan mudah.Kaedah-kaedah diatas boleh membantu kita dalam belajar dengan mudah. Pencapaian tidak tiba dengan mudah selagi kita tidak mencuba dan mengunakan tenaga yang ada untuk menjadi pelajar dan mengamalkan cara belajar yang berkesan.

Jumaat, 20 Ogos 2010

TOKOH-TOKOH PELAJAR CEMERLANG

HABIBAH HANAN. PELAJAR TERBAIK SPM 2009.

Habibah hanan berasal dari Kota Bharu,Kelantan. Beliau memperoleh 15A dalam peperiksaan spm beliau.Dibawah merupakan keratan yang dipetik daripada Harian Metro. Beliau memberitahu rahsia kejayaan beliau.

KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.



Habibah Hanan menjadi pelajar terbaik di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila memperoleh keputusan cemerlang 15A termasuk 10A+ dalam peperiksaan.



Kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang memperoleh 20A dalam SPM 2008 tahun lalu dijadikan idola serta pembakar semangat kepada pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP).Katanya, “Walaupun tidak sehebat pencapaian Nik Nur Madihah yang memperoleh 20A, tetapi saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan terbaik bagi diri saya dalam SPM 2009.“Usaha gigih saya selama ini membuahkan hasil kerana dinobatkan sebagai pelajar cemerlang seperti kejayaan dikecapi Nur Madihah tahun lalu,” katanya, semalam



Habibah berkata, kesabaran belajar tanpa mengira waktu dan mendapat dorongan daripada ibu bapanya, selain sokongan guru dan rakan membantunya merealisasikan impiannya.Katanya,” kejayaan itu disokong dengan kesabarannya mengulang kaji pelajaran serta bijak membahagiakan masa.”Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri - Habibah Hanan Mat Yusof .


NUR AMALINA. PELAJAR PERTAMA SPM YANG BERJAYA MENDAPATKAN 17A.


Nur Amalina telah mengejutkan negara pada 26.03.2005 apabila menjadi pelajar Malaysia yang pertama mencapai kejayaan 17A didalam peperiksaan SPM dengan hanya belajar disekolah kebangsaan. Ramai yang mencemburui kejayaan Nur Amalina, terutama mereka yang terlalu mempertuhankan sekolah swasta dan sekolah-sekolah elit.
    Berikutan kejayaan itu, Nur Amalina telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut pengajian perubatan oleh Bank Negara. Nur Amalina telah mengikuti pengajian A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom. Beliau mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dalam semua matapelajaran. Bukan itu sahaja, Nur Amalina telah mengambil matapelajaran tambahan Additonal Chemistry (hanya 3 pelajar yang berbuat sedemikian). Bukan sahaja beliau lulus cemerlang, malahan Nur Amalina memenangi 'extra-merit' dan dianugerahkan "Advance Award fo Chemistry".
        Nur Amalina telah membuat permohonan memasuki 4 universiti yang top di United kingdom iaitu Cambridge University, Imperial college, Bristol University dan Univeristy of Edinburgh. Tiga universiti yang akhir telah menawarkan tempat kepada Nur Amalina.
      Nur Amalina telah memilih untuk mengikuti pengajian dalam Bachelor in Medical Study, Surgery & Science di University of Edinburgh. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ditahun kedua. Yang paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc. Disini kita dapat mengetahui bagaimana seseorang itu menjadi cemerlang dalam hidupnya.

Daripada pembacaan diatas dapatlah kita simpulkan,dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak membuatkan seseorang itu berjaya dan usaha yang dilipat gandakan. kejayaan tokoh diatas mestilah dijadikan sumber atau pendorong dalam memastikan kejayaan milik kita.

KESIMPULAN

"TIDAK ADA KEJAYAAN TANPA BERSUSAH - PAYAH"

Semua yang mahu berjaya mestilah sanggup menempuh dugaan dan halangan. Jika mahu bersenang-senang kajayaan tidak akan menghampiri kita.

 Setiap pelajar boleh menjadi seorang pelajar cemerlang sekiranya mendapat dorongan dari keinginan diri sendiri serta didorong oleh keluarga,rakan serta persekitaran  turut membantu dalam menjadi pelajar cemerlang. Cemerlang yang diwarwarkan ini pula bukan semata-mata dari aspek akademik malah perlu jua mantap dari sahsiah diri,moral juga aktiviti-aktiviti ko-kurikulum seiring dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kerja khususnya, justeru dengan adanya kemahiran tambahan inilah yang membezakan konteks kecemerlangan pelajar yang hanya cemerland pada satu aspek berbanding cemerlang dalam segala aspek.

       Kecemerlangan pelajar diperlukan demi menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang terdiri daripada para ilmuan yang serba boleh, berpandangan luas serta memiliki sahsiah tinggi seiring jua dengan kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum. Oleh itu, jelas dinyatakan kecemerlangan seseorang pelajar itu wajar berteraskan pada paksi diri sendiri dibantu dengan faktor-faktor luaran, penerapan didikan agama dan sahsiah diri demi mewujudkan individu, masyarakat serta rakyat yang Cemerlang Gemilang Terbilang.

Ahad, 15 Ogos 2010

SUMBER SOKONGAN

Sumber sokongan yang perlu ada dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang antaranya ialah keluarga,diri pelajar itu sendiri dan pengalaman, dan sokongan rakan atau orang yang mengenali diri pelajar tersebut.

Sumber sokongan yang pertama ialah keluarga. Perkara yang ditekankan dalam aspek keluarga ialah:

  • Dorongan dan sokongan
Keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Ibubapa yang memberikan sokongan kepada anak-anak akan membuatkan pelajar akan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam suasana yang selesa. Contohnya, Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga.

  • Kepimpinan melalui teladan
Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.

  • Didikan agama
Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Hari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan dan asuhan  pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin meluas memudahkan lagi pelajar terjebak dengan perkara negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman,dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu agama iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Peranan ibubapa yang beragama amat penting dalam membentuk sahsiah pelajar yang terpuji. 

Kedua ialah sifat pelajar dan pengalaman:

  • Kejayaan dan pengalaman
Kejayaan yang dikecapi mampu mendorong pelajar untuk terus maju kehadapan. Kejayaan mampu menaikkan keyakinan diri dan tidak akan membuat kita rasa merendah diri. Contohnya,apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin,kita akan bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita. Hal ini akan membuatkan diri kita lebih bersemangat untuk terus mengecapi kejayaan. Tetapi sebaliknya akan berlaku jika pengalaman yang dilalui membawa kegagalan,dan keadaan akan menjadi lebih buruk jika kita membandingkan diri kita dengan orang yang selalu gagal sedangkan kita dalam kegagalan  dan akan membawa kepada perasaan berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Berdasarkan pengalaman yang dilalui,ketika belajar di sekolah,kejayaan yang dikecapi dapat membuatkan semangat saya tinggi dan terus berusaha untuk berjaya dan jika gagal untuk mendapatkan saya akan berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Kadangkala pengalaman dalam kegagalan  akan membuatkan saya memotivasikan diri sendiri untuk lebih berusaha.

Ketiga ialah sokongan daripada rakan dan orang yang mengenali diri pelajar:

  • Sumber keyakinan diri yang ketiga ialah sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita. Kadangkala kita selalu terlupa untuk melihat kepada kekuatan dan kehebatan diri kita sendiri. Apabila kita berdiri dikalangan orang-orang hebat, kita terlalu asyik memandang ke arah kehebatan orang lain dan terlupa melihat ke arah kehebatan diri sendiri. Akibatnya, kita rasa rendah diri.Salah satu cara terbaik untuk melihat kekuatan diri kita ialah dengan mendapatkan sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita seperti keluarga atau sahabat karib. Keluarga selalunya adalah orang-orang yang selalu percayakan kebolehan dan kekuatan diri kita. Contohya rakan yang menyokong kita bukanlah dalam bentuk pujian sahaja kerana pujian juga boleh menjatuhkan diri sendiri. Ada masanya orang yang menyokong kita ini akan memberi komen terhadap kelemahan diri kita. Namun, kita pasti tahu bahawa komen itu adalah untuk lebih memajukan diri kita lagi. Jadi jangan ambil hati atau bersedih terhadap komen membina daripada orang yang menyokong kita adalah untuk membantu dalam memperbaiki diri.

  • Persahabatan dan pengaruhnya. Pengaruh rakan amatlah kuat dalam kehidupan seharian kita. Rakan yang bersikap positif akan sedikit sebanyak membantu dan mempengaruhi hidup kita. Oleh itu pemilihan rakan sebaya amatlah penting dalam membantu kita untuk mengecapi kejayaan.

TUGAS SEBAGAI PELAJAR

Tugas sebagai pelajar dilihat daripada tiga aspek utama,iaitu politik,sosial,dan ekonomi. Pelajar yang berkualiti amat penting dalam membantu pembangunan negara,bangsa,dan agama. Pelajar yang berkualiti dapat menghasilkan idea dan sumbangan yang amat besar kepada negara,daripada pelbagai bidang yang diceburi termasuklah bidang ekonom dan politik. Dibawah akan dihuraikan peranan pelajar daripada tiga aspek tersebut:

ASPEK POLITIK

Dalam aspek politik, peranan pelajar cemerlang sangat besar. Berdasarkan ilmu yang ada, golongan ini boleh menyumbangkan buah fikiran dan tenaga dalam urusan pentadbiran Negara. Dengan adanya modal insan kelas pertama seperti pelajar-pelajar cemerlang, kemungkinan besar sistem pentadbiran negara dapat dilaksanakan dengan lancar.

 Kepakaran yang wujud dalam diri mereka akan memudahkan proses pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan dapat dijayakan mengikut kretiria yang dikehendaki. Pembaharuan yang dimaksudkan adalah mengikut aspek pemerintahan dan pentadbiran negara selaras dengan Wawasan 2020. Pada era 2020 nanti, kita akan mencapai negara maju sekiranya ramai daripada rakyat negara kita yang bergelar pelajar cemerlang.

Ilmu yang dituntut dapat dimanfaatkan dengan menyumbang kepada sistem pentadbiran negara. Jadi, tidak hairanlah sekiranya jawatan-jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara diisi oleh pelajar-pelajar cemerlang. Mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan negara berada dalam keadaan yang aman. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelbagai paparan pergolakkan politik yang berlaku di luar negara seperti di Indonesia dan Thailand. Mereka tidak memaksimumkan kepakaran tenaga pelajar-pelajar cemerlang untuk membantu dalam urusan pentadbiran negara mereka. Apa yang ingin ditegaskan di sini ialah tugas pelajar cemerlang tidak hanya tertumpu untuk memajukan dirinya sahaja bahkan negara turut memerlukan mereka untuk mencapai taraf negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.


ASPEK EKONOMI

Berdasarkan persaingan yang wujud dalam dunia ekonomi sekarang ini, skop yang diutamakan dalam memajukan sistem ekonomi negara adalah kepakaran dalam meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos dalam menghasilkan sesuatu produk. Tugas utama pelajar-pelajar cemerlang adalah mengisi kepakaran tersebut dan cuba untuk memajukan sistem ekonomi negara Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa idea-idea yang disumbangkan oleh mereka banyak membantu dalam proses memajukan sesebuah negara dalm bidang ekonomi.

Dalam sistem masyarakat pula, tugas pelajar cemerlang adalah untuk membantu mereka dalam memajukan sistem ekonomi yang sedia ada. Secara amnya, kita lihat golongan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar agak mundur dalam bidang ekonomi. Pelajar cemerlang seharusnya memberi pendedahan kepada golongan muda yang tinggal di kawasan desa untuk memajukan diri mereka sendiri dan seterusnya meningkatkan pendapatan serta ekonomi keluarga dan masyarakat setempat.

Selain itu, pelajar cemerlang turut mempunyai tugas dalam membantu meningkatkan pendapatan diri sendiri dan keluarganya. Dengan ilmu dan kepakaran yang tinggi, peluang untuk mendapat kerja yang baik amat luas. Pendapatan yang diperoleh boleh digunakan untuk membantu keluarga terutamanya ibu bapa yang banyak berkorban ketika mereka melanjutkan pelajaran. Oleh itu, pelajar cemerlang mempunyai tugas yang penting dalam memajukan sistem ekonomi negara, masyarakat, keluarga dan dirinya sendiri.

ASPEK SOSIAL

Dalam aspek sosial, pelajar cemerlang amat diperlukan untuk meningkatkan kefungsian masyarakat dan dirinya sendiri. Dengan adanya ilmu, kepakaran dan kerja yang baik, mereka boleh mengubah dirinya dan keluarga daripada belenggu kemiskinan. Kebiasaannya, ramai dalam kalangan pelajar cemerlang berasal daripada keluarga yang sederhana dan susah. Segala ilmu yang dituntut boleh digunakan untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai kemiskinan.

Selain itu, peranan pelajar cemerlang juga penting dalam memberi kesedaran kepada golongan muda untuk memajukan diri mereka. Pelajar-pelajar cemerlang boleh menceburkan diri mereka dalam bidang motivasi. Segala pengalaman yang telah dialami, mereka boleh digunakan untuk memotivasikan generasi muda untuk terus maju dalam hidup.

Era globalisasi telah menjadikan budaya masyarakat kita semakin terhakis. Masyarakat Malaysia biasanya dikaitkan dengan budaya ketimuran. Kita lihat sekarang ini, budaya dan ideologi-ideologi barat semakin mendapat tempat dalm pemikiran masyarakat kita. Oleh itu, peranan pelajar cemerlang adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai sistem sosial mayarakat Malaysia yang masih berpegang kepada budaya ketimuran. Ahli falsafah berpendapat, golongan cerdik pandai boleh mempengaruhi masyarakat dengan kata-kata. Oleh itu, tepuk dada Tanya selera.

Sabtu, 14 Ogos 2010

PELAJAR CEMERLANG

 "SECARA SEMULAJADI MANUSIA  ITU SAMA TAPI PELAJARANLAH YANG MENJADIKAN MEREKA CUKUP BERBEZA"
Dalam era globalisasi kini,perkataan 'pelajar cemerlang' sering kali diungkapkan oleh masyarakat. Dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi masa kini,maka semakin ramai pelajar cemerlang dapat dilahirkan.Pelajar cemerlang merupakan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Mereka bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah turut cemerlang dalam bidang kokurikulum.Pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelajarannya.Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang.  "soft skill"  juga amat penting dalam menjadi seorang pelajar cemerlang,kerana pelajar akan bertindak sebagai pemimpin.Kedua-dua kualiti utama ini,mesti ada pada pelajar cemerlang. walaubagaimanapun masih ramai yang belum kecapi gelaran pelajar cemerlang. kewujudan blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan memotivasikan diri kita sebagai seorang pelajar yang inginkan kejayaan dimasa hadapan.
         
      kita pernah mendengar orang berkata hidup hari ini seolah-olah esok hari merupakan esok hari terakhir kita.Semalam telah berlalu,ianya adalah sebuah sejarah. Esok belum pasti,yang pasti hari ini. Oleh itu jadikanlah setiap hari kita penuh dengan sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan kita. Setiap pagi bangunlah dengan mengharapkan sebuah kejayaan sebagai seorang anak,pelajar,dan hamba kepadaNYA dan berdoalah untuk mendapatkan kebaikan setiap hari pastinya akan dapat kebaikan. Ini akan membuatkan kita mencapai keyakinan diri sendiri. Marilah kita berkongsi pengetahuan yang ada bagi mendorong kita memotivasikan diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

CARA MENGATASI HALANGAN


    Suasana yang tenang amat diperlukan oleh seorang pelajar untuk menelaah pelajaran mereka. Selain itu gangguan dalaman diri pelajar itu sendiri sebagai contoh stress dan masalah yang dialami oleh pelajar itu sendiri. Pergolakkan hati seorang pelajar tidak boleh dijangka dan sentiasa akan berlaku. Oleh itu pelajar harus sentiasa berusaha menghindari dan bersedia untuk menghadapinya. 


Tips mengatasi halangan
  • Membangunkan personaliti diri
Pelajar haruslah membangunkan personaliti mereka iaitu dengan mengenal pasti kebolehan dan pencapaian mereka.Galakan dan sokongan serta memahami pelajar akan memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran dan pencapaian pelajar-pelajar. Kelamahan yang ada boleh diatasi oleh pelajar,dengan memupuk keyakinan.Contohnya,malu dan gementar untuk bercakap dikalayak ramai.



  • Tanamkan semangat kepimpinan yang tinggi dalam diri.
Dengan semangat dan azam yang tinggi segala halangan dan cabaran akan dapat dihadapi oleh pelajar dengan cemerlang. Kegagalan bukanlah sesuatu yang tidak baik tetapi kegagalan mengajar pelajar itu untuk lebih berusaha dan lebih berani untuk menghadapi cabaran yang akan datang. Berbekalkan semangat spiritual yang kuat,ia akan dapat menguasai emosi dan pengurusan terhadap sesuatu pekerjaan yang akan dilakuakan oleh pelajar. Semangat kepimpinan yang tinggi akan membuatkan pelajar akan sentiasa kehadapan sebagai seorang pemimpin yang mempunyai idea yang bernas serta bermotivasi tinggi. Kegagalan yang dihadapi dijadikan pembangkit semangat untuk terus maju kehadapan.

  • Tanamkan cita-cita
Kita boleh mencapai setiapa impian kita melalui cita-cita. Gambarkan matlamat dan cita-cita itu. Fikirkan setiap pagi"aku mampu buat yang terbaik". Tidak seorang pun mampu mencapai cita-ciat dalam sekelip mata. Kita perlu berusaha dan mengambil masa yang lama. Catatkan cita-cita anda dimana-mana tempat yang mudah dilihat kerana ia akan selalu mengingtkan kita supaya terus berusaha. Jangan sesekali mempunyai sikap berpuas hati pada diri dan tahap pencapaian. Kita patut bercita-cita tinggi dan berada dipencapaian yang tinggi. Berusahalah untuk mencapainya.



  • Merubah sikap dan tabiat buruk
Merubah sikap tidak memerlukan wang, ia cuma memerlukan daya usaha yang kuat dan memakan masa yang agak lama. Berdasarkan pengalaman saya,sesetengah individu bercita-cita untuk merubah tabiat buruk orang lain,kenapa tidak dicuba untuk merubah diri sendiri. Untuk berjaya,perbuatan dan tingkahlaku itu mencerminkan keinginan seseorang.Memperbaiki kelemahan diri merupakan usaha untuk merubah menjadi yang lebih baik.
  • Beriadah
Beriadah juga merupakan salah satu cara dalam menangani  gangguan. Dengan menjalankan aktiviti riadah pelajar dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh mereka. Tekanan dalam menjalankan tugasan juga sedikit sebanyak akan menganggu emosi pelajar yang sentiasa berada di dalam bilik tanpa menjalankan sebarang aktiviti yang berfaedah. Masalah akan wujud apabila tekanan yang dialami tidak di uruskan dengan betul.

  • Menjaga pemakanan
Pemakanan  juga dapat membantu pelajar mengatasi masalah dalaman mereka,sebagai contoh masalah kesihatan yang dialami oleh pelajar. Namun begitu makanan sahaja tidak menjamin kesihatan pelajar terjamin kerana pelajar itu sendiri tidak mengambil berat pemakanan seharian mereka. Pelajar tidak menyedari pemakanan juga amat memaikan peranan penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar. Kebanyakkan pelajar mengamalkan makanan segera sebagai contoh Maggie. Makanan segera tidak mempunyai khasiat yang seimbang dalam diet harian,berdasarkan pengalaman yang saya alami,apabila amalan pemakanan yang tidak betul akan menyukarkan saya memberi tumpuan kepada kuliah disebabkan ketidakselesaan yang dialami oleh perut.




  • Buangkan sifat hasad dengki
Perkara lain yang harus dijaga bagi mengelakkan gangguan pada diri pelajar ialah buangkan sifat hasad dengki. Hal ini demikian kerana hasad dengki merupakan penyakit hati yang tidak dapat diubati. Cemburu dan dengki atas kejayaan rakan sekuliah adalah perkara biasa yang dialami oleh pelajar. Tetapi cemburu dan dengki yang melampau akan menyebabkan pelajar menyimpan hasad dengki kepada rakan sekuliah mereka. Hal ini merupakan perkara yang tidak seharusnya dilakukan pelajar. Seharusnya pelajar mengamalkan persaingan yang sihat dengan rakan sekuliah mereka,sebagai contoh berkerjasama dengan rakan yang lebih arif dalam subjek tersebut dan bersama-sama menjadi pelajar yang cemerlang.


  • Tidak bersifat kedekut
Bagi pelajar islam,agama mengajar kita supaya tidak bersifat kedekut. Tanamkan sifat pemurah dalam diri setiap pelajar. Sebagai contoh berkongsi ilmu yang ada. Pelajar yang cemerlang tidak akan kekok untuk berkongsi pengetahuan dengan rakan mereka yang lemah. Takut untuk gagal bukanlah penyebab untuk tidak berkongsi ilmu yang ada. Persaingan akan berlaku apabila pelajar sering berlumba-lumba untuk mendapatkan keputusan yang baik. Inilah yang dikatakan persaingan sihat.


  • Jangan sombong
Jangan malu untuk bertanya. Perasaan sombong yang ada pada diri pelajar ialah malu untuk bertanya.Perasaan sombong ini tidak sepatutnya berada dalam diri pelajar.Jangan takot untuk dilabel soleh rakan-rakan sebagai orang yang lembab kerana diri sendiri mengetahui kemampuan dan kebolehan diri.Oleh itu buanglah perasaan sombong yang ada dalam diri.


  • Fikir untuk membuat
Sentiasalah berfikir anda boleh. berfikirlah anda perlu memulakan sesuatu,dan bertindak dahulu barulah sesuatu pekerjaan akan jadi dengan sempurna. Fikirlah untuk membuat jangan berfikir setelah melihat orang lain membuat dahulu baru kita akan membuatnya.

  • Yakin kepada kebolehan
Keyakinan pada diri sendiri dapat dibentuk dengan persediaan yang mencukupi dan yakin kepda janji allah,orang yang berusaha akan mendapat apa yang diusahakan. Sekiranya kita tidak yakin dengn kebolehan sendiri,janganlah mengharapkan orang lain untuk yakin kepada diri kita.


  • Berdoa
Berdoa kepada tuhan dengan yakin. Setiap agama mengajar umatnya untuk berdoa dengan yakin kepada tuhan. Dengan usaha yang dilakukan dan tawakal, pelajar juga haruslah berdoa dengan yakin untuk mendapat keredaan dari tuhan.

Impak daripada gangguan rohani dan jasmani sangat besar kepada seorang pelajar yang mengambil berat tentang pelajaranya. Kesan daripada gangguan dalam pelajaran akan menyebabkan pelajar hilang tumpuan dan amalan seperti inilah akan membawa kepada kegagalan pelajar menjadi pelajar cemerlang.