Ahad, 15 Ogos 2010

SUMBER SOKONGAN

Sumber sokongan yang perlu ada dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang antaranya ialah keluarga,diri pelajar itu sendiri dan pengalaman, dan sokongan rakan atau orang yang mengenali diri pelajar tersebut.

Sumber sokongan yang pertama ialah keluarga. Perkara yang ditekankan dalam aspek keluarga ialah:

  • Dorongan dan sokongan
Keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan. Ibubapa yang memberikan sokongan kepada anak-anak akan membuatkan pelajar akan lebih bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam suasana yang selesa. Contohnya, Pada tahun 2003, Malaysia pernah digemparkan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan daripada keluarga.

  • Kepimpinan melalui teladan
Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka. Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati hampir 50 peratus rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oleh itu, benarlah bahawa kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak.

  • Didikan agama
Dorongan lain yang boleh diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang sempurna. Mereka akan mempunyai prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh oleh gejala negatif yang semakin berleluasa. Kejayaan Nadia Amira yang cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Hari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan dan asuhan  pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin meluas memudahkan lagi pelajar terjebak dengan perkara negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman,dan pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu agama iaitu Al –Quran dan As-sunnah. Peranan ibubapa yang beragama amat penting dalam membentuk sahsiah pelajar yang terpuji. 

Kedua ialah sifat pelajar dan pengalaman:

  • Kejayaan dan pengalaman
Kejayaan yang dikecapi mampu mendorong pelajar untuk terus maju kehadapan. Kejayaan mampu menaikkan keyakinan diri dan tidak akan membuat kita rasa merendah diri. Contohnya,apabila kita rasa rendah diri dan tidak yakin,kita akan bandingkan diri kita kepada orang lain yang kurang berjaya dan yang selalu kalah dengan pencapaian diri kita. Hal ini akan membuatkan diri kita lebih bersemangat untuk terus mengecapi kejayaan. Tetapi sebaliknya akan berlaku jika pengalaman yang dilalui membawa kegagalan,dan keadaan akan menjadi lebih buruk jika kita membandingkan diri kita dengan orang yang selalu gagal sedangkan kita dalam kegagalan  dan akan membawa kepada perasaan berpuas hati dengan apa yang diperolehi. Berdasarkan pengalaman yang dilalui,ketika belajar di sekolah,kejayaan yang dikecapi dapat membuatkan semangat saya tinggi dan terus berusaha untuk berjaya dan jika gagal untuk mendapatkan saya akan berusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih baik. Kadangkala pengalaman dalam kegagalan  akan membuatkan saya memotivasikan diri sendiri untuk lebih berusaha.

Ketiga ialah sokongan daripada rakan dan orang yang mengenali diri pelajar:

  • Sumber keyakinan diri yang ketiga ialah sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita. Kadangkala kita selalu terlupa untuk melihat kepada kekuatan dan kehebatan diri kita sendiri. Apabila kita berdiri dikalangan orang-orang hebat, kita terlalu asyik memandang ke arah kehebatan orang lain dan terlupa melihat ke arah kehebatan diri sendiri. Akibatnya, kita rasa rendah diri.Salah satu cara terbaik untuk melihat kekuatan diri kita ialah dengan mendapatkan sokongan daripada orang-orang yang mengenali diri kita seperti keluarga atau sahabat karib. Keluarga selalunya adalah orang-orang yang selalu percayakan kebolehan dan kekuatan diri kita. Contohya rakan yang menyokong kita bukanlah dalam bentuk pujian sahaja kerana pujian juga boleh menjatuhkan diri sendiri. Ada masanya orang yang menyokong kita ini akan memberi komen terhadap kelemahan diri kita. Namun, kita pasti tahu bahawa komen itu adalah untuk lebih memajukan diri kita lagi. Jadi jangan ambil hati atau bersedih terhadap komen membina daripada orang yang menyokong kita adalah untuk membantu dalam memperbaiki diri.

  • Persahabatan dan pengaruhnya. Pengaruh rakan amatlah kuat dalam kehidupan seharian kita. Rakan yang bersikap positif akan sedikit sebanyak membantu dan mempengaruhi hidup kita. Oleh itu pemilihan rakan sebaya amatlah penting dalam membantu kita untuk mengecapi kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Komen