Sabtu, 14 Ogos 2010

PELAJAR CEMERLANG

 "SECARA SEMULAJADI MANUSIA  ITU SAMA TAPI PELAJARANLAH YANG MENJADIKAN MEREKA CUKUP BERBEZA"
Dalam era globalisasi kini,perkataan 'pelajar cemerlang' sering kali diungkapkan oleh masyarakat. Dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi masa kini,maka semakin ramai pelajar cemerlang dapat dilahirkan.Pelajar cemerlang merupakan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Mereka bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah turut cemerlang dalam bidang kokurikulum.Pelajar yang cemerlang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap pelajarannya.Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang.  "soft skill"  juga amat penting dalam menjadi seorang pelajar cemerlang,kerana pelajar akan bertindak sebagai pemimpin.Kedua-dua kualiti utama ini,mesti ada pada pelajar cemerlang. walaubagaimanapun masih ramai yang belum kecapi gelaran pelajar cemerlang. kewujudan blog ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan memotivasikan diri kita sebagai seorang pelajar yang inginkan kejayaan dimasa hadapan.
         
      kita pernah mendengar orang berkata hidup hari ini seolah-olah esok hari merupakan esok hari terakhir kita.Semalam telah berlalu,ianya adalah sebuah sejarah. Esok belum pasti,yang pasti hari ini. Oleh itu jadikanlah setiap hari kita penuh dengan sesuatu yang amat bermakna dalam kehidupan kita. Setiap pagi bangunlah dengan mengharapkan sebuah kejayaan sebagai seorang anak,pelajar,dan hamba kepadaNYA dan berdoalah untuk mendapatkan kebaikan setiap hari pastinya akan dapat kebaikan. Ini akan membuatkan kita mencapai keyakinan diri sendiri. Marilah kita berkongsi pengetahuan yang ada bagi mendorong kita memotivasikan diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Komen