Isnin, 23 Ogos 2010

BAGAIMANA MENJADI PELAJAR CEMERLANG


KAEDAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Setiap pelajar ingin menjadi pelajar cemerlang dan sentiasa menanam cita-cita untuk menjadi yang terbaik. Dibawah menyenaraikan kaedah bagaimana untuk menjadi pelajar cemerlang. Marilah kita berkongsi ilmu yang diperolehi untuk membantu kita dalam mengapai cita-cita. Antara kaedah-kaedahnya ialah:




 BELAJAR DALAM PERSEKITARAN YANG KONDUSIF

Persekitaran memainkan peranan penting untuk menjadi pelajar cemerlang. Tempat yang selesa menjadikan proses pembelajaran juga lebih selesa. Antara ciri-ciri persekitaran belajar yang selesa ialah:

1.Tenang / damai

2.Sumber tenaga atau lampu yang mencukupi

3.Elakkan daripada gangguan bunyi bising

Misalnya mengulang kaji dalam bilik lampu yang terang, dapat membantu pelajar mengulang kaji dengan lebih selesa. Selain itu elakkan perkara- perkara yang mengganggu proses pembelajaran seperti radio, television dan sebagainya. Para pelajar juga tidak digalakkan mengulang kaji di atas katil kerana menyebabkan pelajar tersebut cepat mengantuk.



 SENTIASA BERSEDIA

Persiapan awal seseorang pelajar dapat dilakukan hanya melalui cara pembelajaran yang konsisten. Pelajar perlu mengulang kaji secara konsisten untuk mengelakkan kesukaran menelaah ilmu pada kemudian hari. Oleh itu pelajar dapat memahami pelajarannya dengan lebih mudah, tenang serta tanpa sebarang tekanan apabila mereka mengamalkan teknik belajar secara konsisten. Cara pembelajaran disaat akhir mestilah dielakkan bagi memudahkan kita mengulangkaji dengan lebih tenang dan tidak merasa tertekan.



  • MENETUKAN MATLAMAT
Setiap pelajar hendaklah mempunyai matlamat utama. Fakta utama yang menjadi asas kea rah mencapai kejayaan ialah penentuan matlamat. Pelajar perlu mempunyai matlamat tersendiri dalam merencanakan kejayaan yang diingini. Tanpa matlamat, kecemerlangan tidak mungkin di kecapi oleh pelajar. Misalnya kejayaan Nur Amalina yang mencapai 17A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2004. Beliau mempunyai matlamat yang jelas untuk mencapai kejayaan.


  • SENTIASA MELAKUKAN AMALAN KEROHANIAN
Amalan ini merupakan amalan yang dapat menstabilkan emosi. Amalan ini juga merupakan amalan yang paling berkesan dalam menstabilkan emosi dan keharmonian jiwa. Oleh itu untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar seharusnya melibatkan diri dalam proses menjernihkan jiwa iaitu dengan melakukan amalan-amalan kerohanian. Antara amalan kerohanian yang dapat membantu para pelajar menemui kedamaian jiwa dan kestabilan emosi ialah melakukan solat hajat, berdoa, solat tahajud dan berzikir. Begitu juga dengan agama lain yang mempunyai amalan kerohanian yang tersendiri.

  • MEMBUAT NOTA RINGKAS
Untuk menjadi pelajar cemerlang, para pelajar perlu membuat nota ringkas untuk memudahkan proses mengulang kaji apabila tiba musim peperiksaan. Dengan adanya nota ringkas tersebut, dapat membantu pelajar menjamin ingatan dan kuasa ingatan seseorang pelajar dalam masa yang singkat.
Tambahkan warna-warna yang menarik dalam nota ringkas kerana otak lebih mudah mengingat jika mengunakan warna-warna.

  • MENGULANGKAJI DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH OUTPUT LEARNING
Kaedah ini melatih otak supaya menggunakan maklumat yang terkumpul. Kaedah ini dapat dilakukan melalui pembacaan buku nota, melakar, menyebut perkataan yang difahami dan menjawab soalan. Kaedah ini sering digunakan oleh para pelajar untuk mencapai kecemerlangan yang lebih berkesan. Mencari kata kunci yang mudah diingati oleh pelajar sendiri.

Diatas merupakan kaedah untuk membantu kita dalam mengulangkaji dengan mudah.Kaedah-kaedah diatas boleh membantu kita dalam belajar dengan mudah. Pencapaian tidak tiba dengan mudah selagi kita tidak mencuba dan mengunakan tenaga yang ada untuk menjadi pelajar dan mengamalkan cara belajar yang berkesan.

1 ulasan: