Jumaat, 20 Ogos 2010

TOKOH-TOKOH PELAJAR CEMERLANG

HABIBAH HANAN. PELAJAR TERBAIK SPM 2009.

Habibah hanan berasal dari Kota Bharu,Kelantan. Beliau memperoleh 15A dalam peperiksaan spm beliau.Dibawah merupakan keratan yang dipetik daripada Harian Metro. Beliau memberitahu rahsia kejayaan beliau.

KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.



Habibah Hanan menjadi pelajar terbaik di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila memperoleh keputusan cemerlang 15A termasuk 10A+ dalam peperiksaan.



Kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang memperoleh 20A dalam SPM 2008 tahun lalu dijadikan idola serta pembakar semangat kepada pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP).Katanya, “Walaupun tidak sehebat pencapaian Nik Nur Madihah yang memperoleh 20A, tetapi saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan terbaik bagi diri saya dalam SPM 2009.“Usaha gigih saya selama ini membuahkan hasil kerana dinobatkan sebagai pelajar cemerlang seperti kejayaan dikecapi Nur Madihah tahun lalu,” katanya, semalam



Habibah berkata, kesabaran belajar tanpa mengira waktu dan mendapat dorongan daripada ibu bapanya, selain sokongan guru dan rakan membantunya merealisasikan impiannya.Katanya,” kejayaan itu disokong dengan kesabarannya mengulang kaji pelajaran serta bijak membahagiakan masa.”Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri - Habibah Hanan Mat Yusof .


NUR AMALINA. PELAJAR PERTAMA SPM YANG BERJAYA MENDAPATKAN 17A.


Nur Amalina telah mengejutkan negara pada 26.03.2005 apabila menjadi pelajar Malaysia yang pertama mencapai kejayaan 17A didalam peperiksaan SPM dengan hanya belajar disekolah kebangsaan. Ramai yang mencemburui kejayaan Nur Amalina, terutama mereka yang terlalu mempertuhankan sekolah swasta dan sekolah-sekolah elit.
    Berikutan kejayaan itu, Nur Amalina telah ditawarkan biasiswa untuk mengikut pengajian perubatan oleh Bank Negara. Nur Amalina telah mengikuti pengajian A-Level di Cheltenham Ladies College, United Kingdom. Beliau mencapai kejayaan cemerlang dengan mendapat 5A dalam semua matapelajaran. Bukan itu sahaja, Nur Amalina telah mengambil matapelajaran tambahan Additonal Chemistry (hanya 3 pelajar yang berbuat sedemikian). Bukan sahaja beliau lulus cemerlang, malahan Nur Amalina memenangi 'extra-merit' dan dianugerahkan "Advance Award fo Chemistry".
        Nur Amalina telah membuat permohonan memasuki 4 universiti yang top di United kingdom iaitu Cambridge University, Imperial college, Bristol University dan Univeristy of Edinburgh. Tiga universiti yang akhir telah menawarkan tempat kepada Nur Amalina.
      Nur Amalina telah memilih untuk mengikuti pengajian dalam Bachelor in Medical Study, Surgery & Science di University of Edinburgh. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian ditahun kedua. Yang paling membanggakan, pihak Univerisit Edinburgh telah menawarkan Nur Amalina membuat pengajian tambahan peringkat ijazah dalam Pharmacology with Industrial Experience kerana kejayaan cemerlang beliau. Ini bermakna Nur Amalina akan mendapat ijazah berkembar insyallah setelah beliau selesai pengajian beliau iaitu Ijazah MBChB dan M Med Sc. Disini kita dapat mengetahui bagaimana seseorang itu menjadi cemerlang dalam hidupnya.

Daripada pembacaan diatas dapatlah kita simpulkan,dorongan dan sokongan daripada pelbagai pihak membuatkan seseorang itu berjaya dan usaha yang dilipat gandakan. kejayaan tokoh diatas mestilah dijadikan sumber atau pendorong dalam memastikan kejayaan milik kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan