Jumaat, 13 Ogos 2010

FAKTOR-FAKTOR PELAJAR CEMERLANG

Kejayaan merupakan satu pencapaian yang jujur didalam apa jua yang kita kehendaki didalam hidup ini. Kejayaan juga bermaksud kemajuan yang dicapai dan memuaskan kehendak seseorang itu. Kejayaan  selalu disertai dengan kebahagiaan dan ketenteraman fikiran. Kejayaan akan dapat dicapai apabila terdapat faktor-faktor yang menyokong ketenteraman fikiran seseorang pelajar dalam menuntut ilmu dan menjadi pelajar cemerlang. Antara faktor yang menjadikan pelajar itu seorang yang cemerlang ialah:
  • KELUARGA
Galakan serta dorongan keluarga juga merupakan faktor yang penting dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Ibu bapa serta ahli keluarga ialah orang yang paling rapat dengan pelajar. Jika seseorang pelajar mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa, dia akan berasa selesa di rumah dan dapat menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ibu bapa yang prihatin akan kebajikan serta pelajaran anak-anak mereka juga akan memberikan perhatian serius kepada emosi, minda serta pemakanan anak-anak mereka.


  • PENGURUSAN MASA YANG BETUL  
Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Pengurusan masa yang tidak efektif akan menganggu kehidupan seharian. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya.Pelajar selalu mengeluh akibat masa yang tidak mencukupi untuk menyiapkan tugasan,tetapi sebaliknya pengurusan masa mereka yang tidak betul. Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya.  Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.Contohnya ialah masa untuk mengulang kaji,beriadah,masa untuk menonton ,dan masa untuk menyelesaikan tugasan. Perbezaan antara individu yang cemerlang dapat dilihat dari hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu seharusnya kita memberi perhatian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang kita gunakan.
  • SARANAN DIRI YANG POSITIF 
Seorang pelajar cemerlang mestilah mempunyai saranan diri positif.Saranan diri yang positif perlu untuk merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah. Anda boleh mencipta kata-kata anda yang sendiri. Contohnya “kalau orang lain boleh aku juga boleh” atau” setiap kata-kataku pasti akan ku kotakan”. Jadikanlah kata-kata sebagai saranan dan pembangkit semangat dalam kehidupan

  • BERKAWAN DENGAN ORANG YANG BERJAYA
Bergaul dengan mereka yang berjaya akan sedikit sebanyak mempengaruhi sifat dan perwatakan individu.Memilih kawan yang positif, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan, pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka. Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya

  • FOKUS
Fokus amat penting dalam diri seorang pelajar. Focus memberikan tumpuan kepada subjek yang dipelajari. Menanamkan focus yang positif, contohnya “ aku akan siapkan tugasan ini dalam minggu ini juga!!” focus untuk menyiapkan tugasan akan membawa kita berusaha untuk menyiapkan tugasan dalam waktu yang ditetapkan. Focus juga mestilah dijadikan amalan harian.
  • MEMPUNYAI MODEL IKUTAN
Setiap pelajar cemerlang mempunyai model yang menjadi sebagai ikutan atau panduan semasa dalam proses mencapai kecemerlangan. Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi. Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W. Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan.
  • PENGHARAPAN DAN CITA
Selagi ada harapan,peluang untuk menikmati kejayaan itu masih terbuka luas. sebagai seorang pelajar harapan adalah sangat penting,tetapi tidak cukup dengan berharap sahaja. harapan tanpa usaha adalah sia-sia. harapan aka membuahkan cita-cita,melalui cita-cita akan menghasilkan tindakan yang berterusan. sebagai contoh,jika kita melaksanakan tugasan,kita mestilah menjalankan tugasan dengan mementingkan kualiti tugasan itu. Ini menunjukan berusaha tanpa perancangan juga tidak memadai. Usaha yang berterusan mampu menjadikan seseorang itu berjaya.

23 ulasan:

  1. karangan yg menarik...terima kasih...

    BalasPadam
  2. hahaha tiru karangan ni senang takyah susah payah

    BalasPadam
  3. karangan yg hebat...terima kasih cikgu,semoga cikgu dipanjangkn umur.....

    BalasPadam
  4. Karangan anda sangat berfaedah,cikgu.terima kasih,cikgu

    BalasPadam
  5. Wooowww....sangat jelas karangan ni😍😍

    BalasPadam
  6. The best casino site review and bonus offers in India
    Find the best bonuses in India! Check the top online casinos with the biggest Top online casino, poker 카지노사이트luckclub and sports betting sites. 1st deposit bonus

    BalasPadam