Rabu, 11 Ogos 2010

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG


  • BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN
Pelajar seharusnya berani menerima kegagalan.Sedarlah bahawa kegagalan itu perlu.Kejayaan tidak datang dengan serta-merta tanpa percubaan atau setelah seseorang mencubanya dengan sekali sahaja.Setiap kejayaan memerlukan percubaan yang banyak. Oleh itu,beranikanlah diri untuk gagal kerana kegagalan adalah sifat orang yang berjaya dan mengajar kita untuk lebih berusaha.Kegagalan tidak akan menjadi kegagalan selagi kita tidak menerimanya dan mengakui kegagalan diri kita.Sikap mental kita yang akan menunjukkan samada kegagalan itu bersifat sementara atau selamanya.Didalam mengejar cita-cita putus asa bukanlah ciri-ciri pelajar cemerlang,jikalau percubaan pertama gagal jadikanlah kegagalan itu sebagai kekuatan dan semangat untuk bangun semula.

  • BELAJAR DARI KESILAPAN
Kesilapan tidak akan memberi apa-apa kesan jika kita tidak mengendahkanya dan tidak bermuhasabah diri .Oleh itu ambil sedikit waktu untuk fikirkan kembali apakah yang menyebabkan kita gagal dan apakah tindak-tanduk yang menyebabkan kesilapan? Inilah yang dikatakan belajar dari kesilapan,dan mencari cara untuk mencapai kejayaan. Tidak semua orang melakukan sesuatu perkara dengan sempurna. Kesilapan mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan yang dilakukan.

  • MEMBACA BUKU
 Amalan membaca sememangnya dituntut.Membaca dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

  • TIDAK MALAS UNTUK BELAJAR
Jangan jadikan diri anda seorang yang bersifat"Bodoh Sombong". jangan malu tuntuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya.Jadikanlah contoh atau model dalam hidup anda. Contohnya kakak,abang anda yang telah berjaya sebagai model anda.Perhatikan ciri-ciri dan dedikasi mereka terhadap tugasan yang diberikan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. pengalaman akan mengajar seseorang itu dengan lebih berkesan,tidak semestinya dengan membaca kita akan mempelajari sesuatu jika tidak mempraktikannya sebagai amalan. 

  • KESEDARAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB.
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai

  • MENJAGA KESIHATAN
Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak makanan segera  atau lebih baik dihindarkan.Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kuih-kuih yang terdedah tanpa ditutup. Pengurusan masa yang betul membolehkan seorang pelajar mengunakan masa dengan berkesandan tidak menganggu waktu rehat, berjaga sepanjang malam merupakan tabiat yang tidak baik kerana menganggu kesihatan.

  • CERGAS
Badan yang sihat menghasilkan otak yang cergas. Otak yang cergas akan melahirkan pemikiran yang lancar. Untuk menghasilkan otak yang cergas pelajar mestilah aktif dalam menjalankan aktiviti dan sentiasa beriadah. pelajar cemerlang tidak hanya menumpukan masa sepenuhnyanuntuk belajar tetapi mengatur jadual untuk beriadah bagi memastikan badan yang sihat dan menjamin otak yang cergas.

  • SEDIAKAN JADUAL WAKTU
Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran. Minta pandangan orang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi,"jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam."

  • SANGGUP MENGHADAPI CABARAN
Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

  • BERSIFAT POSITIF
Apa yang difikirkan atau apa yang diimpikan boleh menjadi kenyataan. Berfikir secara positif dapat mengubah keadaan,begitu juga sebaliknya. Jika kita berfikiran negatif iaitu cepat berputus asa,tidak jujur,membenci ini akan merosakkan diri sendiri. untuk berjaya kita perlulah bersikap positif,kreatif dan menuju kejayaan. Hal ini demikian kerana cara berfikit dapat merubah kehidupan kita. Cara berfikir juga dapat mengubah tindakan kita,hal ini kerana kita memerlukan kekuatan untuk mencapai kejayaan. Dengan bersifat positif kekuatan masalah akan dpat diatasi.

  • MEMILIKI KEPERCAYAAN DIRI
Kepercayaan diri menunjukkan bagaimana kita melihat diri sendiri.Kepercayaan kepada diri bermula apabila kita mengenalpasti kelebihan yang ada. Pelajar yang cemerlang akan mempercayai kebolehan yang ada pada diri mereka. Mereka tidak akan bersedih dengan kelemahan tetapi akan cuba memperbaikinya. Kepercayaan pada diri akan membuatkan kita mempunyai keyakinan untuk berdepan dengan orang lain. Contohnya,perasaan takut hanya dapat diatasi oleh diri sendiri,kepercayaan pada diri akan membuatkan keberanian mengatasi ketakutan.

  • PERCAYA KEPADA TUHAN
Merupakan asas yang paling penting. Setelah berusaha,kita hendaklah berdoa dan bertawakal. pelajar yang cemerlang akan menyeimbangakan kehidupan dunia dan akhirat untuk mendapat keredaan tuhan.Sifat Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

4 ulasan: