Ahad, 15 Ogos 2010

TUGAS SEBAGAI PELAJAR

Tugas sebagai pelajar dilihat daripada tiga aspek utama,iaitu politik,sosial,dan ekonomi. Pelajar yang berkualiti amat penting dalam membantu pembangunan negara,bangsa,dan agama. Pelajar yang berkualiti dapat menghasilkan idea dan sumbangan yang amat besar kepada negara,daripada pelbagai bidang yang diceburi termasuklah bidang ekonom dan politik. Dibawah akan dihuraikan peranan pelajar daripada tiga aspek tersebut:

ASPEK POLITIK

Dalam aspek politik, peranan pelajar cemerlang sangat besar. Berdasarkan ilmu yang ada, golongan ini boleh menyumbangkan buah fikiran dan tenaga dalam urusan pentadbiran Negara. Dengan adanya modal insan kelas pertama seperti pelajar-pelajar cemerlang, kemungkinan besar sistem pentadbiran negara dapat dilaksanakan dengan lancar.

 Kepakaran yang wujud dalam diri mereka akan memudahkan proses pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan dapat dijayakan mengikut kretiria yang dikehendaki. Pembaharuan yang dimaksudkan adalah mengikut aspek pemerintahan dan pentadbiran negara selaras dengan Wawasan 2020. Pada era 2020 nanti, kita akan mencapai negara maju sekiranya ramai daripada rakyat negara kita yang bergelar pelajar cemerlang.

Ilmu yang dituntut dapat dimanfaatkan dengan menyumbang kepada sistem pentadbiran negara. Jadi, tidak hairanlah sekiranya jawatan-jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara diisi oleh pelajar-pelajar cemerlang. Mereka terpaksa memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan negara berada dalam keadaan yang aman. Hal ini dapat dibuktikan dengan pelbagai paparan pergolakkan politik yang berlaku di luar negara seperti di Indonesia dan Thailand. Mereka tidak memaksimumkan kepakaran tenaga pelajar-pelajar cemerlang untuk membantu dalam urusan pentadbiran negara mereka. Apa yang ingin ditegaskan di sini ialah tugas pelajar cemerlang tidak hanya tertumpu untuk memajukan dirinya sahaja bahkan negara turut memerlukan mereka untuk mencapai taraf negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.


ASPEK EKONOMI

Berdasarkan persaingan yang wujud dalam dunia ekonomi sekarang ini, skop yang diutamakan dalam memajukan sistem ekonomi negara adalah kepakaran dalam meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos dalam menghasilkan sesuatu produk. Tugas utama pelajar-pelajar cemerlang adalah mengisi kepakaran tersebut dan cuba untuk memajukan sistem ekonomi negara Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa idea-idea yang disumbangkan oleh mereka banyak membantu dalam proses memajukan sesebuah negara dalm bidang ekonomi.

Dalam sistem masyarakat pula, tugas pelajar cemerlang adalah untuk membantu mereka dalam memajukan sistem ekonomi yang sedia ada. Secara amnya, kita lihat golongan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar agak mundur dalam bidang ekonomi. Pelajar cemerlang seharusnya memberi pendedahan kepada golongan muda yang tinggal di kawasan desa untuk memajukan diri mereka sendiri dan seterusnya meningkatkan pendapatan serta ekonomi keluarga dan masyarakat setempat.

Selain itu, pelajar cemerlang turut mempunyai tugas dalam membantu meningkatkan pendapatan diri sendiri dan keluarganya. Dengan ilmu dan kepakaran yang tinggi, peluang untuk mendapat kerja yang baik amat luas. Pendapatan yang diperoleh boleh digunakan untuk membantu keluarga terutamanya ibu bapa yang banyak berkorban ketika mereka melanjutkan pelajaran. Oleh itu, pelajar cemerlang mempunyai tugas yang penting dalam memajukan sistem ekonomi negara, masyarakat, keluarga dan dirinya sendiri.

ASPEK SOSIAL

Dalam aspek sosial, pelajar cemerlang amat diperlukan untuk meningkatkan kefungsian masyarakat dan dirinya sendiri. Dengan adanya ilmu, kepakaran dan kerja yang baik, mereka boleh mengubah dirinya dan keluarga daripada belenggu kemiskinan. Kebiasaannya, ramai dalam kalangan pelajar cemerlang berasal daripada keluarga yang sederhana dan susah. Segala ilmu yang dituntut boleh digunakan untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai kemiskinan.

Selain itu, peranan pelajar cemerlang juga penting dalam memberi kesedaran kepada golongan muda untuk memajukan diri mereka. Pelajar-pelajar cemerlang boleh menceburkan diri mereka dalam bidang motivasi. Segala pengalaman yang telah dialami, mereka boleh digunakan untuk memotivasikan generasi muda untuk terus maju dalam hidup.

Era globalisasi telah menjadikan budaya masyarakat kita semakin terhakis. Masyarakat Malaysia biasanya dikaitkan dengan budaya ketimuran. Kita lihat sekarang ini, budaya dan ideologi-ideologi barat semakin mendapat tempat dalm pemikiran masyarakat kita. Oleh itu, peranan pelajar cemerlang adalah untuk menyedarkan masyarakat mengenai sistem sosial mayarakat Malaysia yang masih berpegang kepada budaya ketimuran. Ahli falsafah berpendapat, golongan cerdik pandai boleh mempengaruhi masyarakat dengan kata-kata. Oleh itu, tepuk dada Tanya selera.

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    Pada pendapat saya kebanyakan pelajar tidak mengetahui tanggungjawab mereka sebagai PELAJAR, lantaran itu kebanyakan pelajar tidak berusaha untuk memajukan diri mereka.

    Mereka ke sekolah atas dasar tuntutan kerajaan dan mengangap sebagai tradisi sahaja.

    Jika ditanya kepada mereka apakah cita-cita mereka selepas meninggalkan alam persekolahan, Saya boleh katakan kebanyakan akan memberikan jawapan "TENGOK LAH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN NANTI"

    Bukankah keputusan itu berdasarkan kepada apa yang diusahakan??.....

    Bagi saya ini lah yang patut kita sedarkan kepada para pelajar.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum
    eemmm boleh minta tolong penjelasan tentang peranan dan tanggungjawab seorang pelajar yang ringkas dan senang dibaca... kebanyakan pelajar ingin tahu apa peranan mereka sebagai seorang pelajar
    namun bagi mereka susah untuk difahami....jadi tolong jelas kan .....

    BalasPadam