Sabtu, 14 Ogos 2010

HALANGAN UNTUK MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Kecemerlangan merupakan setiap impian bagi mereka yang bergelar pelajar.Kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai namun ia tidak mustahil untuk digenggam oleh pelajar.Namun,sedar atau tidak kita tidak pernah mengkaji mengapa kita tidak berupaya untuk menjadi pelajar cemerlang.Pelajar perlu mengetahui halangan-halangan yang dimaksudkan ialah gangguan ketika belajar. Setiap pelajar akan mengalami konflik sendiri. Gangguan dapat dikategorikan kepada tiga,iaitu gangguan dalaman,gangguan luaran atau persekitaran dan gangguan aktiviti negatif.

GANGGUAN DALAMAN
Gangguan dalaman merupakan gangguan yang berpunca daripada individu sendiri. Gangguan jenis ini adalah gangguan mental,psikologi,dan perasaan dan pemikiran.Antaranya ialah perasaan tertekan,berfikiran negatif,tiada motivasi,dan malas melakukan sesuatu dengan berulang kali.Hal ini menunjukkan perasaan berputus asa dalam diri pelajar. perasaan malas untuk berusaha dan hanya meniru kerja rakan-rakan. Keadaan inilah yang menyebabkan kegagalan dalam mencapai kejayaan.
  • Matlamat yang tidak jelas.
Matlamat yang tidak jelas akan menyebabkan pelajar tidak tahu apa yang ingin dicapai dalam hidup. Bagi pelajar yang mempunyai matlamat, segala kerja dan usaha diatur dengan begitu mudah. Hal ini kerana, sebagai pelajar, kita perlu tahu apa yang kita inginkan.Tindakan mereka selari dengan apa yang dinginkan seperti belajar mengikut jadual.Matlamat sama ada matlamat jangka pendek ataupun matlamat jangka panjang, kedua-duanya berupaya mengubah hidup individu. Kehidupan seseorang pelajar yang bosan dengan rutin hariannya berubah menjadi gaya hidup yang lebih bertenaga apabila dia meletakkan satu-satu matlamat dalam hidupnya.
  • Tiada cita-cita
Cita-cita dan matlamat merupakan dua perkara yang hampir sama.Ketiadaan cita-cita menyulitkan pelajar menentukan masa hadapannya sendiri.Mereka akan terumbang-ambing kerana tidak tahu tindakan yang perlu diambil.Wujudnya cita-cita bermakna pelajar tahu apa yang mahu dilakukan. Mereka sedar mereka perlu bekerja keras bagi mencapai apa yang dicita-citakan.Sering menukar cita-cita boleh menjejaskan tumpuan pelajar. Pengaruh rakan dan tidak yakin bahawa diri mereka mampu mencapai cita-cita juga adalah antara faktor pelajar sering menukar cita-cita mereka.

  • Tidak pandai mengurus diri
 Mengurus diri melibatkan pengurusan aktiviti harian. Keluarga yang terurus akan melahirkan pelajar yang terurus dan sebaliknya. Bilik perlu bersih kerana ia merupakan tempat belajar dan berehat. Pelajar yang tidak mampu mengurus diri dengan baik mengalami kesukaran bergaul dengan orang sekeliling.Kecemerlangan juga hampir mustahil menjadi milik pelajar kerana sikap mereka yang tidak pandai mengurus diri. Oleh itu, bagi mencapai kecemerlangan, mengurus diri patut diutamakan.

GANGGUAN  PERSEKITARAN(LUARAN)
  • Gangguan persekitaran juga boleh menjadi penghalang kepada pelajar untuk mencapai cita-cita.Gangguan persekitaran berpunca daripada persekitaran sekeliling pelajar. Contohnya, kebisingan, bunyian muzik, dan tayangan televisyen boleh menganggu suasana tenang yang amat diperlukan dalam aktiviti pembelajaran

  •  Lemah teknik belajar

Memperuntukkan masa sepenuhnya bagi mengulangkaji pelajaran merupakan perkara yang baik. Namun,masih terdapat sebahagian pelajar yang tidak mampu mencatatkan keputusan cemerlang walaupun banyak masa yang diperuntukkan bagi mengulangkaji pelajaran.Teknik pembelajaran seperti membina peta minda,fokus di dalam kelas diamalkan. Namun, semuanya tidak membuahkan hasil. Penting bagi setiap pelajar menyedari dan memahami teknik belajar yang berkesan bagi mencatat keputusan cemerlang.Contohnya,jangan mengulangkaji didepan televisyen kerana dapat menganggu tumpuan untuk belajar.

3 ulasan: